Penyerahan Sumbangan Dana Wakaf Ambulans oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
Encik Haji Yaacob Haji Alias, Pegawai YaPEIM Selangor
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM telah menerima sumbangan sebanyak Lima Belas Ribu Ringgit Malaysia (RM15,000.00) daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang diserahkan oleh wakil YaPIEM iaitu Encik Haji Yaacob Haji Alias, Pegawai YaPEIM Selangor. Pihak YaPEIM juga turut mengadakan cabutan bertuah berupa barangan elektrik dan gold bar.
YBhg. Ustaz Muhammad Norhisyam Nordin, merupakan Imam Masjid UPM dan Pengamal Perubatan Islam
Selain itu, Unit Hal Ehwal Islam dan Unit Kaunseling dan Kerja Sosial Perubatan dengan Kerjasama Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah, HSAAS UPM telah menganjurkan satu program iaitu Ceramah Tafaqquh Fiddin: Amalan Syirik 3S ( Sihir, Saka Dan Santau).
Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Muhammad Norhisyam Nordin, merupakan Imam Masjid UPM dan Pengamal Perubatan Islam.
Tarikh Input: 20/11/2023 |
Kemaskini: 22/11/2023 | khairun
PERKONGSIAN MEDIA