27 April 2024 - Unit Nefrologi, Jabatan Perubatan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM telah menganjurkan Sambutan Hari Buah Pinggang bertemakan "Kesihatan Buah Pinggang untuk semua: Memantapkan Akses Perawatan yang Optima dan Saksama" yang berlangsung di lobi utama Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM.
Program ini telah dihadiri oleh beberapa jemputan khas iaitu Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Sadullah, Naib Canselor UPM selaku perasmi majlis, Prof. Dr. Normala Ibrahim, Dekan FPSK, Puan Christine Ng, Pengurus Baxter Healthcate Malaysia dan ahli pengurusan HSAAS.
Sambutan ini merupakan satu jambatan kerjasama bersama Baxter Healthcare menerusi penjenamaan semula satu projek iaitu UPM CARING MyBuahPinggang Resource Centre atau UPMC. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya forum bersama pempengaruh, aktiviti mewarna, zumba, mini zoo, treasure hunt. Selain itu, booth pemeriksaan kesihatan dan juga telah diadakan khas buat pengunjung yang datang.
Tarikh Input: 29/04/2024 |
Kemaskini: 29/04/2024 | zulaikhazaharudin
PERKONGSIAN MEDIA