Majlis Tandatangan Dan Pertukaran MoU Antara Universiti Putra Malaysia (UPM) Dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Majlis Tandatangan dan Pertukaran MoU antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Majlis Tandatangan dan Pertukaran MoU antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

 
Majlis Tandatangan dan Pertukaran MoU antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang diadakan pada 25 Februari 2022 (Jumaat), jam 9.00 pagi di Bilik Seminar, Aras Bawah l, Hospital Pengajar UPM (HPUPM).
 
Turut hadir, Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman; Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Dato’ Aziz Mohammed; Pengarah Eksekutif Pusat Rehabitasi (PERKESO) Tun Abdul Razak, Datuk Dr. Hafez Hussain dan Pengarah HPUPM, Prof. Madya Dr. Muhammad Hj. Mohd Isa.
 
HPUPM menjadi peneraju kepada MoU tersebut bertujuan untuk menjalin kerjasama strategik dalam bidang kerjasama dan perkhidmatan rehabilitasi kepada orang yang diinsurankan di bawah PERKESO yang memberikan manfaat bersama kepada pihak-pihak dan orang yang diinsurankan.
 
Selain itu, antara salah satu aktiviti di bawah MoU tersebut ialah Strategic Collaboration Between HPUPM & PRPSB In Rehabilitation Services for PERKESO's Insured Persons di mana PERKESO bersedia untuk menghantar pesakit dari kalangan pencarum PERKESO ke HPUPM bagi mendapatkan rawatan.
 
MoU itu juga akan mewujudkan kerjasama penyelidikan dan pembelajaran bagi mempertingkatkan kemahiran serta pengetahuan staf dalam bidang perubatan rehabilitasi, intervensi neurologi, kemahiran kesihatan bersekutu, robotik dan lain-lain.

Tarikh Input: 16/03/2022 | Kemaskini: 16/03/2022 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
WXFUHAC~