SERDANG 29 Feb – Unit Survelan & Kesiapsiagaan dan Unit Kawalan Penyakit Berjangkit Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah hadir ke Hospital Sultan Abdul Aziz Shah bertujuan untuk penyelarasan notifikasi dan sistem survelan penyakit berjangkit, penyelarasan program-program khas penyakit berjangkit iaitu Program Eradikasi Poliomyelitis (Survelan Acute Flaccid Paralysis), Program Eliminasi Measles, Gigitan Anjing Liar Berisiko Rabies dan juga penghantaran sampel-sampel ujian ke makmal yang diberi akreditasi serta penyelarasan pengurusan wabak penyakit berjangkit di HSAAS.
Kehadiran daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ini diketuai oleh Dr. Faridah binti Jafri, Ketua Unit Survelan & Kesiapsiagaan serta Dr. Faridah binti Kusnin, Ketua Unit Kawalan Penyakit Berjangkit. Perbincangan ini dihadiri oleh Unit Kesihatan Awam, Jabatan Perubatan, Jabatan Pediatrik, Jabatan Perubatan Keluarga, Jabatan Mikrobiologi Perubatan dan Unit Kawalan Jangkitan HSAAS. Sesi perjumpaan turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Nor Fadhlina binti Zakaria, Timbalan Pengarah (Klinikal) HSAAS.
Tarikh Input: 01/03/2024 | Kemaskini: 01/03/2024 | zulaikhazaharudin
Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA