Rehabilitasi 3.0: ‘Penelanan Dan Pemakanan Dalam Kalangan Warga Emas’ | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ACTIVITIES » SUARA PUSAT ISLAM

Event Title
Rehabilitasi 3.0: ‘Penelanan dan Pemakanan Dalam Kalangan Warga Emas’
Date
14 Sep 2023 - 14 Sep 2023
Time
09.00 - 12.00
Location
Online (FB Live)
Event Summary
Assalamualaikum W.B.T. & Salam Sejahtera. YBhg. Prof./Dato/Datin/Dr./Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Terapi Pertuturan-Bahasa, Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM dengan kerjasama dari rakan strategik, Daehan Rehabilitation Hospital Putrajaya akan menganjurkan Program Rehabilitasi 3.0: ‘Penelanan dan Pemakanan Dalam Kalangan Warga Emas’. Sehubungan dengan ini, pihak kami amat berbesar hati menjemput YBhg. Prof./Dato/Datin/Dr./Tuan/Puan bagi menghadiri program ini. 3. Maklumat program adalah seperti berikut: Tarikh :14/9/2023 (Khamis) Masa :9.00 pagi- 12.00 tengahari Platform :Facebook Live HSAAS (Percuma) 4. Mata CPD akan diberikan kepada kakitangan UPM/HSAAS yang akan direkodkan dalam sistem eLLPT. E-Sijil penyertaan juga disediakan kepada para peserta. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi rehab_hsaas@upm.edu.my. Kerjasama dan keprihatinan YBhg. Prof./Dato/Datin/Dr./Tuan/Puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian

Updated:: 18/09/2023 [amirahhani]

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEbRAL~