CERAMAH TAFAQQUH FIDDIN : AMALAN SYIRIK 3S (SIHIR, SAKA DAN SANTAU) & PENYERAHAN SUMBANGAN WAKAF AMBULANS OLEH YAPEIM | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ACTIVITIES » Sources

Event Title
CERAMAH TAFAQQUH FIDDIN : AMALAN SYIRIK 3S (SIHIR, SAKA DAN SANTAU) & PENYERAHAN SUMBANGAN WAKAF AMBULANS OLEH YAPEIM
Date
14 Nov 2023 - 14 Nov 2023
Time
02.30 - 05.00
Location
Auditorium HSAAS
Event Summary
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. YBhg. Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan, Didoakan semoga YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Dengan hormatnya saya merujuk mengenai perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Islam dan Unit Kaunseling dan Kerja Sosial Perubatan dengan kerjasama Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM akan menganjurkan Program Ceramah Tafaqquh Fiddin : Amalan Syirik 3S (Sihir, Saka dan Santau) dan Penyerahan Sumbangan Wakaf Ambulans oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Sehubungan dengan ini, pihak kami berbesar hati menjemput YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan bagi menghadiri program ini. 3. Untuk makluman pihak YBhg. Dato'/Datuk/Prof./Tuan/Puan butiran program adalah seperti ketetapan berikut: Tarikh/Hari: 14 November 2023 (Selasa) Masa: 2.30 petang Tempat: Auditorium, HSAAS 4. Kakitangan yang menghadiri program ceramah ini akan diberi markah mata CPD. Jika terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan, boleh menghubungi talian 03-9769 9064 (En. Fakhrur Radzi bin Muslim) atau 03-9769 9720 (Cik. Norezzati binti Md Hanafiah) 📌 Mata CPD untuk penyertaan Staf HSAAS / UPM 📌 Semua dijemput hadir 📌 Penyertaan adalah percuma Kerjasama dan keprihatinan YBhg. Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Updated:: 21/11/2023 [khairun]

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEbPA5~