CERAMAH DAN MAJLIS PENUTUPAN SEMPENA MALAYSIAN DIETITIANS' DAY 2023 | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ACTIVITIES » Design & Media Creative

Event Title
CERAMAH DAN MAJLIS PENUTUPAN SEMPENA MALAYSIAN DIETITIANS' DAY 2023
Date
05 Oct 2023 - 05 Oct 2023
Time
01.00 - 07.30
Location
Auditorium, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM
Event Summary
Bersempena dengan sambutan Malaysian Dietitians' Day (MDD) 2023 yang bertemakan "Dietitians Combating Disease-Related Malnutrition In Older Adults With Medical Nutrition Therapy", Jabatan Dietetik, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) dengan kerjasama Jabatan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) akan mengadakan ceramah berkenaan penjagaan pemakanan dalam kalangan warga emas dan majlis penutupan seperti butiran berikut: Tarikh: 5hb Oktober 2023 Masa: 8.30 pagi – 10.45 pagi Tempat: Auditorium, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM Selari dengan tema kempen tersebut, pihak Jabatan Dietetik, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah dengan kerjasama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM juga telah mempergiatkan promosi berkaitan kesedaran malpemakanan dalam kalangan warga emas serta kepentingan intervensi pemakanan dalam menangani isu malpemakanan. Oleh itu, dilampirkan bersama adalah poster hebahan program dan program kempen kesedaran kempen untuk rujukan warga UPM. Kami mengalu-alukan kehadiran seluruh warga UPM untuk memeriahkan lagi majlis kami dan sama-sama menambah informasi berkenaan pemakanan dan malnutrisi khususnya kepada warga emas. Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh terus berhubung dengan Cik Nurul Iman (03-9769 9108/9106) atau melalui emel iman_mohd@upm.edu.my Sekian, terima kasih.

Updated:: 02/10/2023 [amirahhani]

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEbOAP~