Wad HPUPM Mula Beroperasi | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Wad HPUPM Mula Beroperasi

Wad HPUPM Mula Beroperasi

    

Serdang, 14 Februari – Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) bakal beroperasi kepada orang awam pada 20 Februari 2020, kata Pengarah HPUPM, Prof. Madya Dr. Muhammad Mohd Isa di majlis pra pelancaran pembukaan Wad Perubatan 2, HPUPM hari ini.


Dalam ucapannya, beliau menekankan agar kakitangan dapat menjalankan tugas dengan amanah dan penuh tangggungjawab. Amalan ini dapat dijadikan sebagai benteng dalam mendepani cabaran semasa terutama kuasa viral di media sosial yang sering memberikan persepsi buruk kepada kakitangan hospital. Selain itu, Pengarah juga menyatakan penghargaan atas kerjasama petugas yang bakal memberikan perkhidmatan 24 jam kepada pesakit apabila wad beroperasi kelak.


Wad yang akan beroperasi dapat memberi kemudahan kepada penduduk Serdang dan sekitarnya terutamanya dalam perkhidmatan pakar seperti strok, prostat, robotik dan sebagainya.

Tarikh Input: 17/02/2020 | Kemaskini: 17/02/2020 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXDdXAW~