|
Penyusuan susu ibu bukan sekadar nutrisi, bantu bina generasi lebih sihat Penyusuan susu ibu bukan sahaja membekalkan nutrisi kepada bayi malah mampu memberi kesan jangka panjang terhadap kesihatan kanak-kanak, kesejahteraan keluarga dan produktiviti masyarakat. Pakar Klinikal Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Siti Azlina Ab Karim, berkata penyusuan susu ibu merupakan antara asas penting dalam memberikan permulaan kehidupan yang lebih sihat kepada bayi. “Manfaat penyusuan susu ibu perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas kerana bayi yang mempunyai tahap kesihatan lebih baik berpotensi kurang memerlukan rawatan di hospital, mengurangkan tekanan terhadap ibu bapa serta gangguan terhadap rutin pekerjaan keluarga. |
Tarikh Input: 19/08/2026 | Kemaskini: 19/08/2026 | ahmadfaiq

Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA