TAKLIMAT PENUTUPAN AKAUN 2025 HSAAS | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » TAKLIMAT PENUTUPAN AKAUN 2025 HSAAS

TAKLIMAT PENUTUPAN AKAUN 2025 HSAAS

Serdang, 11 November 2025 – Taklimat Penutupan Akaun Tahun 2025 Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium HSAAS pada jam 2.30 petang. Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Yusnawati, Ketua Bahagian Kewangan HSAAS, dan dihadiri oleh staf daripada pelbagai unit serta bahagian.
Program ini bertujuan memberi pencerahan mengenai persediaan dan prosedur penutupan akaun tahunan, selaras dengan garis panduan serta peraturan kewangan semasa. Melalui taklimat ini, para peserta diberi penjelasan terperinci tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan proses penutupan akaun dapat dilaksanakan secara teratur, efisien dan mematuhi piawaian kewangan.
Selain penyampaian maklumat penting, sesi berkenaan turut membuka ruang kepada peserta untuk meningkatkan kefahaman dalam pengurusan kewangan serta berkongsi amalan kerja terbaik dalam kalangan staf. Perbincangan interaktif turut dijalankan bagi mengenal pasti cabaran harian yang dihadapi dalam pelaksanaan tugas berkaitan kewangan, di samping mencari penyelesaian bersama.
HSAAS kekal komited untuk memperkukuh budaya profesionalisme dan ketelusan dalam pengurusan kewangan, selaras dengan usaha berterusan ke arah kecemerlangan organisasi dan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti tinggi.
 
 

 

Tarikh Input: 12/11/2025 | Kemaskini: 12/11/2025 | famezan

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
X, (02:42:51am-02:47:51am, 18 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]