|
Serdang, 5 Mei 2026 – Nilai kejujuran sebagai tunjang perkhidmatan berkualiti terus diperkasa apabila Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia menganjurkan taklimat integriti bertajuk HARGA SEBUAH KEJUJURAN. Taklimat ini disampaikan oleh PKPs Muhammad Hafizi bin Othman, Pegawai Bahagian Pendidikan Masyarakat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Melalui perkongsian beliau, para peserta didedahkan dengan situasi sebenar berkaitan isu integriti serta memberi penekanan kepada tanggungjawab, akauntabiliti serta amalan kerja beretika dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang telus dan berkualiti. Inisiatif ini mencerminkan komitmen hospital dalam membudaya dan memperkukuh budaya integriti, sekaligus menjadi peringatan bahawa kejujuran adalah nilai yang berharga dalam membina kepercayaan organisasi. |
| |
Tarikh Input: 13/05/2026 | Kemaskini: 13/05/2026 | ahmadfaiq

Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA