|
Sungai Siput Perak- Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) Universiti Putra Malaysia menyantuni Masyarakat Orang Asli Suku Temiang Pos Piah. Program ini dijalankan di bawah geran Knowledge Transfer Grant Scheme (KTGS) UPM dan inisiatif KPT Prihatin Madani untuk meningkatkan fasiliti kesihatan dan kesejahteraan komuniti setempat.
Program komuniti ini telah di jalankan selama 3 hari 2 malam, bermula daripada 13 sehingga 15 Disember 2024. Program diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Rawatan kutu, Naik taraf Bilik Rawatan, program latihan pasukan bantu mula kecemasan, free market, demonstrasi masakan sihat , pertandingan makanan sihat dan gotong royong.
![]() |
|
Disamping itu pihak SK Pos Piah turut mengadakan program Hari Produktif Piah 1.0 yang terbahagi kepada 2 segmen iaitu :
1. Hari Kanak-Kanak Pos Piah yang mengandungi aturcara seperti Pagi Malaysia, Bowling Kelapa, Bonding Ballon, Flying Balloon Past is Past, Tepung Gomak dan Memori Berkasih.
|
|
|
|
Program ini mendapat kerjasama yang baik dari Masyarakat Orang Asli Setempat dan Semoga jalinan kerjasama komuniti seumpama ini tidak terhenti di situ tapi akan diteruskan di masa akan datang.
|
|
|
Tarikh Input: 23/12/2024 | Kemaskini: 23/12/2024 | famezan

Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA