![]() |
|
Simposium Terapi Keluarga 2025, ‘2-Day Live Consultation & Lecture by Professor Maurizio Andolfi’, telah diadakan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) pada 28 - 29 April 2025, menampilkan penceramah utama Profesor Maurizio Andolfi dari Accademia di Psicoterapia della Famiglia di Rom, Itali. |
![]() |
|
Simposium ini mengetengahkan pendekatan terapi keluarga secara multigenerasi untuk keluarga, pasangan atau kanak-kanak yang mengalami pelbagai masalah psikologi atau gangguan psikiatri. Selain itu, teknik praktikal pembelajaran yang unik diserapkan melalui sesi kuliah, dialog, perundingan secara langsung, dan proses terapeutik yang melibatkan keluarga dan pasangan suami isteri sebenar. |
![]() |
|
Program ini telah berjaya menarik lebih daripada 211 peserta yang terdiri daripada pakar psikiatri, pakar psikologi klinikal, kaunselor, serta profesional kesihatan mental bersekutu dari dalam negara dan luar negara seperti China, Taiwan, Singapura, Indonesia, dan Australia. |
![]() |
| Simposium ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Profesor Madya Dr Nor Fadhlina Zakaria. |

Tarikh Input: 05/05/2025 | Kemaskini: 05/05/2025 | famezan

Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA