![]() |
|
Serdang, 5 Mei 2025 – Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan satu Sesi Libat Urus Pengarah Urusan (COO) bersama Pegawai Kanan Pengurusan dan Profesional yang berlangsung pada petang ini bertempat di Auditorium, Aras 2, HSAAS. |
![]() |
|
Program ini menghimpunkan pegawai-pegawai kanan daripada pelbagai skim perkhidmatan, termasuk klinikal, sokongan klinikal dan bukan klinikal yang terdiri daripada Gred 9 hingga 13 (SSM: Gred 41 hingga 52). Penganjuran sesi ini bertujuan memperkukuh komunikasi dalaman, memantapkan tadbir urus pengurusan serta menyelaras hala tuju perkhidmatan secara lebih strategik. |
![]() |
|
Dalam sesi ini, Pengarah Urusan HSAAS telah menyampaikan amanat penting berkaitan nilai dan budaya kerja yang perlu diterapkan oleh setiap warga HSAAS dalam menjalankan tugas harian. Beliau turut menekankan kepentingan bekerja secara berpasukan dan berintegriti demi kelangsungan kecemerlangan hospital. |
|
Antara intipati penting yang disampaikan ialah:
“Nilai 'True North' yang dibawa oleh Naib Canselor UPM perlu digunakan dalam setiap perkhidmatan dan pelaksanaan tugas pegawai.”
“Dalam melaksanakan tugas, semuanya perlu dimulakan dengan niat. Sebelum memulakan pekerjaan, niatkanlah untuk memberi manfaat dan kebaikan.”
“Berkerjalah dalam satu pasukan yang diketuai oleh ketua yang terbaik, dan jadilah ketua yang terbaik kepada pasukan anda.” |
![]() |
|
Sesi libat urus ini juga menyediakan ruang interaksi dua hala antara pihak pengurusan tertinggi dan kumpulan pelaksana profesional untuk menyuarakan pandangan, mencadangkan penambahbaikan serta menangani cabaran semasa secara berkesan. Penganjuran sesi seumpama ini mencerminkan komitmen HSAAS untuk mewujudkan budaya kerja yang inklusif, kolaboratif dan berorientasikan penyelesaian, selari dengan matlamat untuk menjadi hospital universiti yang berdaya saing dan mampu menjana pendapatan demi kemajuan hospital secara berterusan.
Untuk maklumat mengenai Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) , boleh layari laman sesawang rasmi : laman web rasmi HSAAS |
Tarikh Input: 06/05/2025 | Kemaskini: 06/05/2025 | famezan

Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA