| SAMBUTAN HARI THALASSAEMIA SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2024 | |
![]() |
|
|
SERDANG, 17 Ogos – Unit Kesihatan Awam, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM, dengan kerjasama Persekutuan Pertubuhan Thalassaemia Malaysia dan Persatuan Thalassaemia Selangor dengan jayanya menganjurkan Sambutan Hari Thalassaemia Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 pada 10.8.2024. Program in telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad. Program turut diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan bin Mohd Sadullah.
|
|
![]() |
|
|
Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang saringan Thalassaemia serta sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada pesakit Thalassemia demi menjalani rutin harian dengan baik. Tema bagi program kali ini adalah “Memperkasakan Kehidupan, Mendukung Kemajuan: Rawatan yang Saksama dan Mudah Dicapai” (“Empowering Lives, Embracing Progress: Equitable and Accessible Thalassaemia Treatment for All”). Antara pengisian menarik seperti Thalassaemia Run, ceramah mengenai Thalassaemia, pameran kesihatan serta sesi perkongsian dari pesakit Thalassaemia. Peserta terdiri daripada seluruh rakyat Malaysia, penghidap Thalassaemia dan pelajar tingkatan 3 sebagai pelaksanaan saringan Thalassaemia pelajar tingkatan 4 yang akan dilaksankan di sekolah-sekolah di Malaysia. |
|
Tarikh Input: 23/09/2024 | Kemaskini: 23/09/2024 | asmizan

Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA