|
HSAAS UPM, 3 Oktober - Jabatan Dietetik Hospital Sultan Abdul Aziz Shah dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM dengan kerjasama Persatuan Dietitian Malaysia (MDA) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Dietitian Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Lobi Utama, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Hj. Hamidon Hj. Basri, Pengarah Hospital Sultan Abdul Aziz Shah. Turut hadir bersama pada majlis ini adalah Prof. Dr. Barakatun Nisak Mohd Yusof, Presiden Persatuan Dietitian Malaysia merangkap Timbalan Dekan (Akademik Sains Kesihatan & HEPA), Prof. Dr. Normala Ibrahim, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Dr. Zalina Abu Zaid, Pemangku Ketua Jabatan Dietetik Hospital Sultan Abdul Aziz Shah dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Barisan Pengurusan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah dan wakil-wakil Malaysian Dietitian Association Council. |
||
Tarikh Input: 08/10/2024 | Kemaskini: 08/10/2024 | asmizan

Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA