|
PROGRAM TRAINING OF TRAINER (TOT) PSYCHOLOGICAL FIRST AID 2026 SEMPENA SAMBUTAN HARI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PERINGKAT HSAAS, UPM, 2026 Seksyen Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Komuniti, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia telah berjaya menganjurkan Program Training of Trainer (TOT) Psychological First Aid (PFA) 2026 sempena Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat HSAAS, UPM 2026 pada 23 dan 24 Jun 2026. Program ini telah disertai oleh staf klinikal dan perubatan serta peserta daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan staf Seksyen Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Komuniti, HSAAS. Program selama dua hari ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta berkaitan bantuan psikologi awal (Psychological First Aid) dalam menangani individu yang mengalami tekanan, krisis atau situasi yang mencabar. Pelbagai pengisian telah dilaksanakan sepanjang program, termasuk sesi ceramah, perbincangan interaktif dan simulasi yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai pendekatan PFA dalam memberikan sokongan psikologi awal secara berkesan. Penerapan kemahiran PFA diharapkan dapat membantu peserta mengenal pasti individu yang memerlukan sokongan serta memberikan bantuan awal yang sesuai sebelum dirujuk kepada pihak yang berkaitan. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa, peserta, penceramah dan fasilitator yang telah memberikan komitmen serta kerjasama sepanjang program berlangsung. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan seterusnya menyumbang ke arah pengukuhan budaya kerja yang prihatin, menyokong kesejahteraan mental serta memperkasakan persekitaran kerja yang sihat dan selamat. |
Tarikh Input: 26/06/2026 | Kemaskini: 03/07/2026 | ahmadfaiq

Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA