PROGRAM SINGGAH SAHUR | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » PROGRAM SINGGAH SAHUR

PROGRAM SINGGAH SAHUR

SERDANG, 28 April – Hospital Pengajar UPM (HPUPM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM telah mengadakan Program Singgah Sahur.

Program ini bertujuan bagi menyantuni petugas-petugas barisan hadapan (frontliners) dengan mengedarkan 225 pek makanan untuk bersahur yang disumbangkan oleh WAZAN UPM.

Program bermula pada jam 9.30 malam dengan edaran dilaksanakan ke beberapa lokasi seperti Hospital Kajang, Hospital Serdang, Balai Polis Serdang, Balai Bomba Serdang, Pusat Kesihatan UPM, Bahagian Keselamatan UPM dan di HPUPM sendiri.

Seramai 18 orang sukarelawan telah terlibat dalam Program Singgah Sahur yang dianjurkan pada kali ini termasuklah Pendaftar UPM, wakil Pejabat Penasihat Undang-Undang UPM, wakil HPUPM serta wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM.

Penganjuran program ini juga mendukung hasrat mengetengahkan elemen kesukarelawanan di samping berkongsi rezeki pada bulan Ramadhan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 04/05/2021 | Kemaskini: 04/05/2021 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEVAA6~