PROGRAM SARINGAN PENGLIHATAN KANAK-KANAK | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » PROGRAM SARINGAN PENGLIHATAN KANAK-KANAK

PROGRAM SARINGAN PENGLIHATAN KANAK-KANAK

 
 
 
 
 
 
6 OKTOBER 2023 - Bersempena dengan Sambutan Hari Penglihatan Sedunia atau World Sight Day pada bulan Oktober, Jabatan Oftalmologi Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia telah menjalankan program saringan penglihatan kanak-kanak di Pusat Penyelidikan Keluarga, Remaja dan kanak-kanak (FACE) UPM.
Program ini bertujuan untuk memberi khidmat sosial dengan menjalankan saringan penglihatan agar tiada keciciran kanak-kanak (pre-school) yang mempunyai masalah penglihatan sebelum memasuki fasa persekolahan. Selain dari saringan penglihatan, aktiviti mewarna dan pemberian cenderahati juga dijalankan untuk kanak-kanak.
Hasil program ini, seramai 62 orang kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun telah disaring. Daripada jumlah tersebut, seramai 30 orang kanak-kanak telah dikesan mempunyai tahap penglihatan dibawah paras normal bagi umur mereka dan telah dirujuk ke Klinik Pakar Oftalmologi Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM untuk pemeriksaan lanjut.
Diharapkan program ini dapat menangani masalah penglihatan dalam kalangan kanak-kanak seawal usia sekali gus memberi kesedaran kepada ibu bapa, penjaga, guru dan masyarakat.
 
 

 

Tarikh Input: 09/10/2023 | Kemaskini: 19/10/2023 | khairun

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEdGAV~