Program Penyerahan Sumbangan Aidilfitri Kepada Pesakit Di Wad Perubatan HSAAS | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA hsaas
» BERITA » Program Penyerahan Sumbangan Aidilfitri kepada Pesakit di Wad Perubatan HSAAS

Program Penyerahan Sumbangan Aidilfitri kepada Pesakit di Wad Perubatan HSAAS

 

Sempena sambutan Aidilfitri 1446H, Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah, HSAAS dengan kerjasama Pertubuhan Sukarelawan Hospital Muslim (PSHM) telah menganjurkan Program Penyerahan Sumbangan Aidilfitri kepada para pesakit di Wad Perubatan 1, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) pada 6 Mei 2025.

 

 

 

 

 

 

Sebanyak 30 pek cenderamata telah disediakan dan diagihkan kepada pesakit Muslim yang sedang menerima rawatan di wad tersebut. Setiap pek mengandungi barangan kebersihan diri, kerepek raya, serta buku panduan ibadah khas untuk pesakit, sebagai tanda ingatan dan sokongan pasca perayaan Aidilfitri.

Meskipun Aidilfitri telah berlalu, program ini diadakan sebagai usaha menyemarakkan semangat ukhuwah dan memberi dorongan rohani kepada para pesakit agar tidak merasa terasing dalam tempoh pemulihan mereka. Ia juga bertujuan memastikan mereka tetap merasai perhatian, kasih sayang dan keprihatinan daripada warga hospital, meskipun berjauhan daripada keluarga dan suasana kampung halaman.

Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Azlan Sulaiman, Timbalan Pengarah Urusan Klinikal (Surgeri) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah, HSAAS. Beliau turut diiringi oleh Ketua Seksyen Penyeliaan Hospital, En. Ahmad Azwal bin Rusid serta wakil Unit Hal Ehwal Islam HSAAS, En. Fakhrur Radzi Muslim.

 

Tarikh Input: 06/05/2025 | Kemaskini: 06/05/2025 | famezan

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
X, (01:37:12am-01:42:12am, 16 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]