![]() |
Jabatan Oftalmologi HPUPM telah menganjurkan Program Saringan Penglihatan yang diadakan di Kg Astana Raja, Rembau pada 3 Disember 2022.
Program ini bertujuan untuk menyediakan khidmat pemeriksaan mata secara percuma kepada komuniti setempat. Melalui program ini seramai 112 orang telah disaring dan 25 orang telah dirujuk ke hospital / klinik kesihatan terdekat untuk rawatan selanjutnya.
Program ini juga menyalurkan sumbangan cermin mata percuma kepada 38 orang penduduk berumur antara 6 tahun sehingga 82 tahun.
Selain dari pemeriksaan mata, Jabatan Oftalmologi juga memberikan sumbangan saguhati kepada 150 orang penduduk serta menjalankan aktiviti mewarna bagi kanak-kanak ketika program berlangsung.
Program berbentuk khidmat masyarakat seperti ini diharap dapat memperkenalkan HPUPM sebagai salah satu hospital di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), sekali gus memberikan informasi tentang servis kesihatan kepada masyarakat.
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 08/12/2022 | Kemaskini: 08/12/2022 | amirahhani
Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA