PROGRAM KPT PRIHATIN MADANI: JELAJAH HSAAS @ KG. SG. RELONG, KAMUNTING, TAIPING, PERAK. | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA hsaas
» BERITA » PROGRAM KPT PRIHATIN MADANI: JELAJAH HSAAS @ KG. SG. RELONG, KAMUNTING, TAIPING, PERAK.

PROGRAM KPT PRIHATIN MADANI: JELAJAH HSAAS @ KG. SG. RELONG, KAMUNTING, TAIPING, PERAK.

     
       
Pada 16 November 2024, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM melalui KRIS Kumpulan 4 telah menganjurkan Program Jelajah HSAAS @ Kg. Sg. Relong, Kamunting, Taiping, Perak. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif KPT Prihatin Madani, bertujuan untuk memberikan khidmat komuniti dan meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan yang kritikal.
 
Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Ahmad Shalimin Bin Hj. Ahmad Shaffie Penasihat Khas YBM Kementerian Pendidikan Tinggi. Selain itu, YB Tuan Mohd Fakhrudin Abd Aziz & Pn. Nor Azizah Binti Ishak, Pegawai KEMAS Parlimen Taiping turut hadir dan menyokong penuh inisiatif ini dan mendorong penduduk kampung untuk aktif menyertai program tersebut.
 
 
 
     
                         
Kempen ini berjaya menarik penyertaan seramai 125 orang penduduk sekitar dan pelbagai lapisan umur melalui pertandingan mewarna yang disertai oleh 40 orang kanak – kanak dari Tabika KEMAS Rumah Awam Batu 4, Tabika KEMAS Jalan Stesen & Tabika KEMAS Sg. Relong.
 
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Petugas-Petugas Kesihatan HSAAS dan agihan kit saringan kendiri kanser kolorektal, Konsultasi Pemakanan Sihat oleh Pegawai Dietetik, HSAAS, Demonstrasi Basic Life Support oleh Pegawai Perubatan Unit Kecemasan Strok RESQ, HSAAS, Sesi Kenali ubat anda oleh Pegawai Farmasi, HSAAS serta pemeriksaan & kesedaran Kanser Payudara di dalam klinik bergerak oleh Petugas Kesihatan, HSAAS. Turut dijalankan aktiviti senamrobik pada sebelah pagi dan sukan rakyat yang dianjurkan oleh penduduk Kg. Sg. Relong.
 
Program ini diakhiri dengan harapan agar semua peserta dapat memanfaatkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kesihatan diri serta keluarga.
     
       
 

Tarikh Input: 21/11/2024 | Kemaskini: 21/11/2024 | asmizan

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
X, (11:41:49pm-11:46:49pm, 25 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]