14 Oktober 2023 – Jabatan Perubatan Keluarga, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah telah menjalankan Program KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS). Program yang diadakan di Surau Al- Qudwah, Prima Damansara Petaling Jaya telah dirasmikan oleh Y.B. Puan Pua Pei Ling, Adun Bukit Lanjan.
Seramai 39 orang terlibat dalam program termasuk 11 orang pelajar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Pemeriksaan Kesihatan dari HSAAS telah mendapat sambutan yang memberangsangkan iaitu seramai 124 orang.
Selain itu, peserta turut didedahkan dengan perkongsian ilmu menarik dari Dr. Hanifatyah Ali, Pakar Perubatan Keluarga bersama Encik Muhammad Nazirul Asri, Pegawai Dietetik. Ia telah memberi manfaat kepada peserta yang telah hadir untuk mengawal pemakanan mereka. Disamping itu, permainan dan demonstrasi pertanian bandar juga turut dilakukan bagi memeriahkan lagi acara.
Tarikh Input: 19/10/2023 |
Kemaskini: 19/10/2023 | khairun
PERKONGSIAN MEDIA