|
HSAAS, 10 Julai – Jabatan Pengurusan Kejururawatan, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Caregiver Training 2025 sebagai inisiatif memperkasa golongan penjaga pesakit dalam komuniti dengan kemahiran asas penjagaan yang selamat, berkesan dan beretika. |
![]() ![]() |
|
Program simulasi anjuran Jabatan Pengurusan Kejururawatan HSAAS UPM ini merupakan inisiatif Puan Azliza Rahim, Ketua Jabatan, yang menyasarkan ahli keluarga pesakit, orang awam serta petugas kesihatan. Seramai 101 peserta dari seluruh daerah dan negeri telah menyertai program ini yang bertujuan memberi pendedahan praktikal mengenai penjagaan pesakit di rumah dan fasiliti kesihatan. |
![]() |
|
Menurut Pengarah Program, Puan Ismayanti Ismail, pendekatan melalui 10 stesen simulasi interaktif memberi peluang kepada peserta memahami kaedah penjagaan pesakit yang betul dan selamat, merangkumi aspek seperti penjagaan diri, inkontinen, pemindahan pesakit, penjagaan akhir hayat, rukhsah solat dan penjagaan luka. Program ini turut menampilkan konsep pembelajaran World Café yang membolehkan peserta berdiskusi santai bersama pakar seperti Assoc. Prof. Dr. Hakimah Mohammad Sallehuddin (Pakar Perubatan Geriatrik), Dr. Noraida Omar (Pakar Dietetik) dan Puan Nasiha Sufina Ramzuzzaman (Pegawai Farmasi). |
![]() |
|
Kerjasama strategik bersama pihak industri juga menjadi nilai tambah program ini melalui penyertaan Best Contact (M) Sdn Bhd dalam Stesen Pencegahan Jatuh di Rumah, yang memperkenalkan alatan bantuan terkini dan kaedah penjagaan selamat bagi warga emas di rumah. |
![]() |
![]() |
![]() ![]() |
Tarikh Input: 14/07/2025 | Kemaskini: 14/07/2025 | famezan

Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA