|
Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia telah berjaya menganjurkan Bengkel Multiplex RT-PCR pada 10 hingga 11 Jun 2026 dengan penyertaan seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan makmal daripada pelbagai institusi kesihatan dan makmal diagnostik di seluruh negara. Bengkel selama dua hari ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam aplikasi teknik Multiplex RT-PCR bagi tujuan diagnostik molekular. Pelbagai pengisian telah dilaksanakan termasuk sesi ceramah, forum, dialog bersama pakar, perbincangan kes serta latihan amali (hands-on) yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai aliran kerja RT-PCR, kawalan kualiti, interpretasi keputusan dan analisis data. Program ini turut menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam kalangan pengamal makmal diagnostik, selaras dengan usaha memperkukuhkan kompetensi sumber manusia dalam bidang diagnostik molekular yang semakin berkembang. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, penceramah, panelis, fasilitator serta rakan kolaborasi industri yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program berlangsung. Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat kepada peserta dan seterusnya menyumbang ke arah peningkatan kualiti perkhidmatan diagnostik makmal serta pengukuhan kapasiti diagnostik molekular di Malaysia. |
Tarikh Input: 15/06/2026 | Kemaskini: 15/06/2026 | ahmadfaiq

Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA