Cheras, 29 September 2020 - Prof. Madya Dr. Hj Muhammad bin Mohd Isa, Pengarah Hospital Pengajar UPM telah dijemput ke Majlis Bicara bersama YBhg. Datuk Dr. Hj Rohaizat Hj. Yon, Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Kementerian Kesihatan Malaysia bertajuk ‘Berita Palsu : Pengalaman Kementerian Kesihatan Malaysia Mengendalikannya. Program tersebut telah diadakan di Auditorium, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM, UKM Cheras. Majlis dimulai dengan ucapan pembukaan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunrashid Pengarah, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini sedikit sebanyak memberi gambaran semasa situasi semasa Penularan Covid-19 di Malaysia. |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 02/10/2020 | Kemaskini: 02/10/2020 | amirahhani
Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA