Latihan Berkala Perkasa Kompetensi Staf Makmal HSAAS Sepanjang 2025 | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA hsaas
» BERITA » Latihan Berkala Perkasa Kompetensi Staf Makmal HSAAS Sepanjang 2025

Latihan Berkala Perkasa Kompetensi Staf Makmal HSAAS Sepanjang 2025

Latihan Berkala Perkasa Kompetensi Staf Makmal HSAAS Sepanjang 2025

SERDANG, 2025 – Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia terus komited dalam meningkatkan tahap kompetensi dan profesionalisme staf makmal melalui pelaksanaan pelbagai latihan berkala sepanjang tahun 2025.

Antara latihan yang telah dijalankan termasuk Refresher Training Peralatan Blood Gases pada 28 April 2025 yang melibatkan seramai 10 peserta, diikuti latihan penggunaan Mikroskop Nikon di Makmal Mikrobiologi pada 10 Jun 2025 dengan penyertaan seramai 17 orang staf.

Selain itu, aspek keselamatan turut diberi penekanan melalui penganjuran Taklimat Pengurusan Tumpahan Bahan Kimia pada 18 Jun 2025 serta Taklimat Pengurusan Bahan, Sisa dan Tumpahan Kimia pada 25 Julai 2025 yang masing-masing melibatkan 10 dan 16 peserta.

HSAAS turut menganjurkan Bengkel Malaria, Parasitologi selama tiga hari bermula 17 hingga 19 Jun 2025 dengan penyertaan memberangsangkan seramai 27 orang daripada pelbagai skim perkhidmatan. Seterusnya, latihan khusus Refresher Training Phadia 200 Unit Imunologi telah diadakan pada 18 Ogos 2025 melibatkan lima orang staf.

Menutup tirai program latihan tahun 2025, Bengkel Pemurnian Dokumen MS ISO 15189:2022 telah berlangsung pada 8 hingga 10 Disember 2025 di Universiti Putra Malaysia dengan penyertaan seramai 28 orang staf.

Penganjuran latihan-latihan ini mencerminkan komitmen berterusan HSAAS dalam memastikan staf makmal sentiasa berpengetahuan, berkemahiran tinggi serta mematuhi standard kualiti dan keselamatan yang ditetapkan.

Tarikh Input: 13/04/2026 | Kemaskini: 13/04/2026 | ahmadfaiq

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
X, (11:04:50pm-11:09:50pm, 30 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]