Kursus Pengurusan Rekod | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Kursus Pengurusan Rekod

Kursus Pengurusan Rekod

HSAAS 12 Februari 2025 - Unit Kualiti dan Pengurusan Risiko dengan Kerjasama Unit Pembangunan Sumber Manusia telah mengadakan Kursus Pengurusan Rekod pada 12 hingga 14 Februari 2025 selama 3 hari bertempat di Dewan Bankuet , Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS). Kursus dihadiri seramai 65 orang wakil dari pejabat pentadbiran dan pelbagai jabatan klinikal termasuk urusetia. Kursus yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman berkaitan pengurusan rekod yang betul dari pembukaan hingga kepada pelupusan rekod. Penceramah untuk kursus ini ialah 3 pegawai dari Arkib Negara Malaysia. Kursus ini mempunyai 9 sesi dengan pelbagai tajuk berkaitan rekod, fail dan surat. Antaranya ialah pengenalan kepada Pengurusan rekod. Klasifikasi fail dan pewujudan, penawanan dan penutupan fail. Terdapat juga sesi interkatif yang menarik di antara penceramah dan para peserta kursus bagi lebih memahami apa yang dipelajari. Diakhir kursus rata-rata peserta menyatakan rasa terima kasih kerana mengadakan kursus seumpama ini dan mohon diadakan secara bersiri pada masa akan datang.      
       
       
       

 

Tarikh Input: 03/03/2025 | Kemaskini: 03/03/2025 | asmizan

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
F, (06:38:29pm-06:43:29pm, 08 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]