KURSUS NEUROLOGY MASTERCLASS ANJURAN JABATAN NEUROLOGI | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » KURSUS NEUROLOGY MASTERCLASS ANJURAN JABATAN NEUROLOGI

KURSUS NEUROLOGY MASTERCLASS ANJURAN JABATAN NEUROLOGI

HAAAS, 1 Mac- Jabatan Neurologi telah menganjurkan Kursus Neurology Masterclass: Updates in Stroke di Mini Theater Hospital Sultan Abdul Aziz Shah. Perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Pengarah Hospital, Prof. Dr. Hj. Hamidon bin Hj. Basri, bersama ahli jabatan serta peserta dari pelbagai bidang, dengan jumlah keseluruhan seramai lebih kurang 130 orang.
 
 
 
Kursus ini dikendalikan oleh pakar-pakar perubatan dalam bidang perubatan strok dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta dalam bidang perubatan strok hiperakut, di samping memberi peluang kepada mereka untuk memperluaskan rangkaian profesional. Selain itu, kursus ini juga memberikan kesempatan kepada peserta untuk berinteraksi secara langsung dengan pakar neurologi, radiologi intervensi, dan rehabilitasi, memberikan manfaat dalam perkembangan profesional mereka.
 
 
 

 

Tarikh Input: 04/03/2024 | Kemaskini: 04/03/2024 | zulaikhazaharudin

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEdEAg~