KAUNSELING UNTUK SEMUA | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » KAUNSELING UNTUK SEMUA

KAUNSELING UNTUK SEMUA

KAUNSELING UNTUK SEMUA 
 
Sukacita dimaklumkan Unit Kaunseling dan Kerja Sosial Perubatan HPUPM menyediakan perkhidmatan sokongan psikologi kepada ORANG AWAM yang memerlukan khidmat kaunseling. Sesi kaunseling boleh dilakukan secara bersemuka atau secara atas talian.
 
❤ SESI KAUNSELING ADALAH SECARA PERCUMA
Namun, anda digalakkan menyumbang kepada Tabung Kebajikan Pesakit HPUPM seikhlas hati.
 
     TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT HPUPM               
      BANK ISLAM
      No.Akaun:14014010156683
      Catatan: KEBAJIKAN
 
Untuk tempahan temujanji sesi kaunseling, tuan/puan perlu kemukakan beberapa perkara tersebut ke emel: kaunseling_hpupm@upm.edu.my
 
1) Nama Penuh
2) Alamat Emel
3) Alamat Tempat Tinggal
4) No. Telefon
5) Pilihan Sesi (Sesi Bersemuka @ Sesi Atas Talian)
6) Tarikh & Masa Yang Sesuai Untuk Sesi Dijalankan
 
Bagi tujuan sesi bersemuka, pihak tuan/puan diminta untuk mematuhi peraturan dan SOP Covid-19 yang ditetapkan oleh Kerajaan dan memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut: 
 
 âœ… Tidak mempunyai kaitan dengan kes positif dalam tempoh 14 hari
 âœ… Bukan dalam kategori PUI/PUS
 âœ… Tidak bergejala dan sihat dalam tempoh 14 hari
 âœ… Tiada mempunyai kontak rapat (tinggal serumah) dengan mereka yang sedang menjalani kuarantin/ sedang menunggu keputusan swab/sedang tunggu giliran untuk swab
 
Ini adalah salah satu langkah pencegahan bagi mengekang penularan jangkitan COVID19 
 
Sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi talian hotline kami di 03-9769 9723 / 9720 / 9719
 
Sekian, terima kasih. 
 

Tarikh Input: 30/03/2022 | Kemaskini: 30/03/2022 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEUNAh~