|
Jabatan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)-HSAAS bersama Unit Penyelidikan Klinikal (Putra-iCRU) telah menganjurkan program DIETSHOW 2026: Dietetics Research Showcase pada 1 Julai 2026. Program ini merupakan sebahagian daripada penilaian kursus Disertasi Bacelor (DTK4959) bagi sesi 2025/2026 yang melibatkan pelajar Tahun 3, Bacelor Sains Dietetik dengan Kepujian. Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta berkongsi dapatan akhir penyelidikan dalam bidang dietetik kepada ahli akademik, pelajar dan pengunjung. Di samping itu, program ini turut mengetengahkan perkembangan semasa dalam bidang dietetik, khususnya berkaitan pendigitalan dan inovasi, ke arah memperkukuh penjagaan kesihatan pesakit. Melalui program ini, pelajar turut berpeluang memperkukuh kemahiran penyelidikan, mengaplikasikan kaedah penyelidikan terkini serta meningkatkan keyakinan dalam membentangkan hasil penyelidikan kepada warga akademik. DIETSHOW 2026 bukan sahaja menjadi platform untuk mengetengahkan hasil penyelidikan pelajar, malah turut memupuk budaya penyelidikan, pemikiran kritis dan pembelajaran berasaskan bukti dalam kalangan bakal ahli dietetik. Diharapkan program seumpama ini akan terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik, inovasi penyelidikan serta penghasilan graduan yang kompeten dan bersedia menyumbang kepada pembangunan profesion dietetik dan peningkatan kualiti penjagaan kesihatan. |
Tarikh Input: 08/07/2026 | Kemaskini: 08/07/2026 | ahmadfaiq

Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA