Bengkel Malaria Microscopy Diagnostic Workshop 2024 | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Bengkel Malaria Microscopy Diagnostic Workshop 2024

Bengkel Malaria Microscopy Diagnostic Workshop 2024


Tarikh : 6 – 8 August 2024.

Bengkel Malaria Microscopy Diagnostic Workshop 2024 telah diadakan pada 6 sehingga 8 Ogos 2024 di Makmal Mikrobiologi Perubatan, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM. Bengkel ini merupakan anjuran Jabatan Mikrobiologi Perubatan HSAAS, UPM dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Seramai 16 peserta yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta telah mengambil bahagian.

Puan Veviana Koudi dan Puan Nur Kamilia Abdullah, daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) yang merupakan WHO Certified Microscopist telah dijemput sebagai penceramah dan fasilitator. Penganjuran bengkel ini merupakan suatu usaha bersama Jabatan Mikrobiologi Perubatan, HSAAS dan JKNS dalam menambahkan ilmu dan kemahiran kakitangan makmal terhadap pengujian Blood Film for Malaria Parasite (BFMP).

Para peserta telah memberikan maklum balas yang positif terhadap bengkel yang telah dijalankan. Pihak urusetia berharap para peserta dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang dipelajari untuk diaplikasikan di tempat kerja masing-masing.

#JMP HSAAS,UPM #JKNS #BFMP

Tarikh Input: 27/08/2024 | Kemaskini: 27/08/2024 | famezan

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
W, (07:29:57pm-07:34:57pm, 22 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]