Bengkel Asas Penyediaan Spesifikasi Dan Prosedur Perolehan Siri 1 | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Bengkel Asas Penyediaan Spesifikasi dan Prosedur Perolehan Siri 1

Bengkel Asas Penyediaan Spesifikasi dan Prosedur Perolehan Siri 1


Bengkel Asas Penyediaan Spesifikasi dan Prosedur Perolehan Siri 1 
 
 
HSAAS UPM, 15 September - Bengkel Asas Penyediaan Spesifikasi dan Prosedur Perolehan Siri 1 telah dijalankan bertempat di Bilik Seminar 1, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) anjuran Unit Perancangan Strategik dengan kerjasama Bahagian Kewangan dan Perolehan, HSAAS.
Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman para  peserta berkaitan tatacara perolehan terutama di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) samada secara sebutharga atau tender serta asas penyediaan spesifikasi peralatan yang betul.
 

Bengkel yang bermula seawal jam 9 pagi telah dihadiri seramai 51 orang kakitangan daripada bahagian klinikal dan pentadbiran HSAAS. Bengkel dimulai dengan bacaan doa dan seterusnya sesi perkongsian berkaitan prosedur perolehan dan penyediaan spesifikasi. Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Puan Salmi Huwaina Palahuddin, Ketua Bahagian Kewangan, HSAAS.
 Semoga bengkel ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta yang hadir. 

Tarikh Input: 16/09/2023 | Kemaskini: 16/09/2023 | famezan

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEdCA7~