![]() |
| HSAAS Serdang - Pada 23 September 2025, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalani Audit Pemantauan Semakan 1 Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 oleh SIRIM bagi tahun 2025. Audit ini bertujuan menilai pelaksanaan serta keberkesanan l sistem pensijilan UPM, di samping memastikan kesesuaiannya dengan skop pensijilan sistem pengurusan kualiti di UPM. |
![]() |
| Juruaudit SIRIM, Puan Maznah Mat Isa, telah memulakan sesi audit dengan menghadiri taklimat pembukaan yang disampaikan oleh Timbalan Wakil Pengurusan HSAAS, Tuan Haji Mohd Aris Fadzillah Abdullah. Sesi audit bermula pada sebelah pagi di Klinik Perubatan Keluarga, Jabatan Farmasi serta Seksyen Hasil, Jabatan Kewangan. Pada sebelah petang, audit diteruskan di Wad Perubatan 1 (MW1), Jabatan Kecemasan (ResQ), dan berakhir di Seksyen Rekod Perubatan dan Analisis Data sebelum sesi penutupan audit dijalankan. |
![]() |
| Audit ini memberi penekanan kepada aspek pemerhatian dan sesi temuramah bersama staf kesihatan. Audit Pemantauan Semakan 1 ini merupakan pengalaman kedua bagi HSAAS sebagai salah satu Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang dipilih dalam senarai sampel audit bagi tahun 2025. |
![]() |
Tarikh Input: 30/09/2025 | Kemaskini: 30/09/2025 | ahmadfaiq

Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA