Sokongan Moral Untuk Barisan Hadapan Bukan Sekadar Dalam Bentuk Perkataan | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ARTIKEL » Sokongan moral untuk barisan hadapan bukan sekadar dalam bentuk perkataan

Sokongan moral untuk barisan hadapan bukan sekadar dalam bentuk perkataan

**Artikel ini diterbitkan di dalam Bahasa Melayu dan tiada terjemahan di dalam Bahasa Inggeris**
**Artikel ini telah diterbitkan di astroawani.com.my pada 27 Oktober 2020**
 
KUALA LUMPUR: Sokongan moral merupakan salah satu perkara yang diperlukan dalam usaha melawan COVID-19.
Pakar kesihatan awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Dr Aidalina Mahmud berkata, hal ini paling utama bagi barisan hadapan negara yang bertungkus lumus memastikan situasi terkawal.
 
"Mereka ini bekerja boleh dikatakan setiap hari tanpa rehat, malah ada di antaranya tidak dapat pulang bertemu keluarga kerana dihantar bekerja jauh.

"Tanpa semangat dan sokongan moral dari semua pihak, tidak mustahil semangat mereka juga akan luntur," katanya ketika muncul dalam program Buletin AWANI semalam.
 
Sokongan moral untuk barisan hadapan bukan sekadar dalam bentuk perkataan
Sokongan moral bukan sahaja datang dalam bentuk perkataan, tetapi boleh juga diluahkan dengan cara pemberian imbuhan yang setimpal. - Gambar hiasan
 
Dr Aidalina juga menambah, sokongan moral bukan sahaja datang dalam bentuk perkataan, tetapi boleh juga diluahkan dengan cara pemberian imbuhan yang setimpal.

"Dengan usaha dan penat jerih mereka, saya harap kerajaan dapat mempertimbangkan sesuatu dan mengadakan peruntukan khas untuk mereka dalam Belanjawan 2021 nanti.

"Bukan itu sahaja, saya harap kerajaan dapat melakukan sesuatu bagi menyelesaikan isu lantikan kontrak bagi doktor dan petugas kesihatan.

"Ada kemungkinan, apabila berada dalam situasi yang tidak menentu dan tiada jaminan, sukar untuk mereka beri komitmen.

"Bukan tempat saya untuk mencadangkan apa-apa kerana perkara ini agak sukar dan memerlukan penelitian dari segenap aspek. Apapun saya yakin kementerian berkaitan akan memperhalusi perkara ini," ujarnya.
 

Tarikh Input: 27/10/2020 | Kemaskini: 02/12/2020 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEUUA7~