Bikers Jelita : Mampu Tingkat Kepercayaan Diri | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ARTIKEL » Bikers Jelita : Mampu Tingkat Kepercayaan Diri

Bikers Jelita : Mampu Tingkat Kepercayaan Diri

Kuala Lumpur: Minat terhadap motosikal dikalangan wanita ‘lanjut usia’ mampu meningkatkan rasa kepercayaan pada kebolehan diri yang tidak dimiliki wanita lain.

Pegawai Psikologi Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) Rafidah Sadarudin (gambar) berkata, selain mengatasi rasa takut, keyakinan serta kepercayaan yang dibina itu dapat membantu mereka dalam kehidupan harian.

“Secara tidak langsung aktiviti ini dapat membantu perkembangan psikologi individu dari dalam diri mereka,” katanya.

Menyentuh mengenai minat wanita pengumpul motosikal ini, beliau berkata, setiap Wanita mempunyai minat, hobi dan keinginan berbeza antara satu sama lain berikutan golongan Wanita mempunyai motivasi dan minat yang berbeza.

"Ada minat kumpul tas tangan, kasut, cermin mata dan barang kemas, tapi ada juga mempunyai minat berbeza. Mereka membentuk ekspresi diri dengan memilih motosikal mencerminkan personaliti gaya dan citarasa mereka. Hobi ini jua memberi kepuasan dan kebanggaan apabila pengumpul motosikal ini berkumpul dengan peminat lain.

Mereka berkongsi cerita dan menghargai kemahiran dan prestasi masing-masing," Katanya. - Harian Metro, 04 Februari 2024.

 

Link ke artikel penuh: HARIAN METRO

 

 

RAFIDAH SADARUDIN

UNIT KAUNSELING & KERJA SOSIAL

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH

 

Tarikh Input: 13/02/2024 | Kemaskini: 14/02/2024 | zulaikhazaharudin

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEcPAJ~