Persiap Mental Dan Fizikal Urus Anak Kembar Siam | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ARTICLE » Persiap Mental dan Fizikal Urus Anak Kembar Siam

Persiap Mental dan Fizikal Urus Anak Kembar Siam

IBU bapa yang mempunyai atau bakal mendapat anak kembar siam perlu bersedia dari segi fizikal dan mental bagi menjaga serta merawat cahaya mata istimewa itu. Sekiranya ditinjau dari aspek psikologi, persediaan rapi diperlukan bagi menerima anak kembar Siam.


Menurut Pegawai Psikologi, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), Norezzati Md. Hanafiah, perasaan risau dan tidak pasti akan timbul kepada ibu bapa yang bakal menerima anak kembar Siam.

"Antara perkara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah membuat pembacaan tentang penjagaan anak kembar Siam."


"Mereka juga perlu sentiasa berhubung serta mendapatkan nasihat perubatan daripada pegawai atau pakar."


"Ibu bapa juga perlu peka dengan keperluan khas anak-anak."


"Jika ada janji temu perubatan yang perlu dihadiri, maka perlu ikut jadual dan ubat harus dimakan secara berkala," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.


Tambahnya, anak kembar Siam juga memerlukan perhatian rapi, maka ibu bapa boleh mula meneliti semula perbelanjaan keluarga dan pengurusan kewangan. Dari aspek fizikal pula, ibu bapa perlu belajar menerima keadaan anak kembar Siam.


"Oleh itu, ibu bapa seharusnya belajar untuk menerima anak istimewa ini kerana ia akan mempengaruhi perasaan serta pemikiran," ujarnya.


Katanya lagi, ibu bapa tidak boleh menoleh ke belakang dan mempersoalkan takdir Tuhan serta lain-lain. Ujarnya, mereka perlu fokus pada apa yang boleh dilakukan pada masa sekarang serta mencari solusi untuk menguruskan keluarga dengan lebih baik.

 

KOSMO, 17 April 2024.

 

Oleh:

NOREZZATI BINTI MD HANAFIAH

UNIT KAUNSELING DAN KERJA SOSIAL PERUBATAN

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH

 

Date of Input: 19/04/2024 | Updated: 19/04/2024 | zulaikhazaharudin

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXFDGAw~