|
Penyusuan susu ibu merupakan amalan terbaik dalam pemakanan bayi kerana ia membekalkan nutrien lengkap yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan optimum. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengesyorkan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan pertama kehidupan bayi dan diteruskan sehingga usia dua tahun bersama makanan pelengkap yang sesuai. Walau bagaimanapun, pencapaian sasaran ini sering menjadi cabaran bagi ibu yang kembali bekerja selepas tamat cuti bersalin. Peningkatan penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan telah membawa perubahan kepada peranan dan tanggungjawab mereka dalam keluarga serta masyarakat. Bagi ibu bekerjaya, usaha untuk mengekalkan penyusuan susu ibu memerlukan komitmen yang tinggi serta pengurusan masa yang berkesan. Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2018 oleh Siti Nur Hidayah Mahdizam & Vivien W.C. Yew hanya 41.2 peratus wanita yang bekerja melakukan penyusuan secara eksklusif dalam tempoh lima bulan pertama manakala sebanyak 38.8 peratus wanita bekerja menggabungkan susu ibu dan susu formula. Pendidikan ibu, pekerjaan, status sosio-ekonomi yang baik dan pengalaman menyusukan anak sebelum ini dapat membantu dalam meningkatkan pengetahuan wanita bekerja mengenai penyusuan. Namun kekangan disebabkan bekerja membuatkan ibu terpaksa memilih untuk mengabungkan jenis penyusuan. CABARAN PENYUSUAN SUSU IBU BAGI IBU BEKERJAYA 1. Kekangan Masa 2. Kekurangan Kemudahan Penyusuan di Tempat Kerja 3. Penyimpanan Susu Perahan yang Terhad 4. Kurangnya Sokongan di Tempat Kerja 5. Tekanan Fizikal dan Emosi 6. Jarak antara Tempat Kerja dan Bayi 7. Kurang Pengetahuan dan Persediaan Secara kesimpulannya, penyusuan susu ibu merupakan pelaburan penting untuk kesihatan dan kesejahteraan ibu serta bayi. Walaupun ibu bekerjaya berhadapan dengan pelbagai cabaran tetapi dengan perancangan yang baik, pengetahuan yang mencukupi serta sokongan berterusan daripada keluarga, majikan dan rakan sekerja, ibu mampu mengekalkan penyusuan susu ibu walaupun selepas kembali bekerja. Selain itu, penyediaan persekitaran kerja yang mesra penyusuan melalui kemudahan laktasi, waktu rehat yang fleksibel, kumpulan sokongan penyusuan dan dasar organisasi yang menyokong dapat membantu meningkatkan kejayaan penyusuan susu ibu dalam kalangan wanita bekerja. Usaha ini bukan sahaja memberi manfaat kepada perkembangan dan kesihatan bayi, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan emosi ibu serta meningkatkan produktiviti dan kepuasan kerja. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam mewujudkan budaya yang menyokong penyusuan susu ibu. Dengan komitmen dan kerjasama yang berterusan, hasrat untuk meningkatkan kadar penyusuan susu ibu dalam kalangan ibu bekerjaya dapat direalisasikan demi melahirkan generasi yang lebih sihat dan berkualiti pada masa hadapan. |
|
Rujukan: World Health Organization (WHO) & United Nations Children’s Fund (UNICEF). (2025). Protecting, promoting and supporting breastfeeding in facilities providing maternity and newborn services The Baby-friendly Hospital Initiative. Monitoring Manual. https://iris.who.int/server/api/core/bitstreams/b7967990-bca4-4770-a16d-ee25d17549c7/content |
|
Disediakan oleh:
|
Tarikh Input: 22/06/2026 | Kemaskini: 22/06/2026 | ahmadfaiq

Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA