Batalkan Sebarang Acara Makan-makan Di Majlis - Pakar Kesihatan | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ARTICLE » Batalkan sebarang acara makan-makan di majlis - Pakar Kesihatan

Batalkan sebarang acara makan-makan di majlis - Pakar Kesihatan


**This article was published in Malay Language and has no translation in English**
**This article was published in bharian.com.my on 7 Januari 2021**


Oleh Faris Danial Razi - Januari 7, 2021 20:07 MYT
 
Dr Malina Osman menyarankan agar mana-mana pihak yang telah merancang mengadakan kenduri dalam tempoh terdekat supaya membuat beberapa perubahan bagi mengelakkan peningkatan jangkitan di kalangan komuniti. - Gambar hiasan
 
KUALA LUMPUR: “Batal sebarang acara makan-makan atau majlis keramaian.”

Itu permohonan Pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman susulan lonjakan kes harian COVID-19 yang dicatatkan pada Khamis.
 
Beliau menyarankan agar mana-mana pihak yang telah merancang mengadakan kenduri dalam tempoh terdekat supaya membuat beberapa perubahan bagi mengelakkan peningkatan jangkitan dalam kalangan komuniti.

“Secara drastiknya, serta-merta saya mohon pada mereka yang telah merancang melakukan majlis keramaian atau kenduri dan sebagainya, perlu membuat modifikasi.

“Ia untuk mengelakkan penularan di peringkat komuniti. Maksud saya, sekiranya kita telah merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan, bagi saya perlu dibatalkan sebarang acara makan-makan di dalam majlis tersebut.

“Mungkin kita boleh mencadangkan tuan rumah untuk menyediakan bungkusan makanan, kita masih lagi meneruskan majlis tersebut tetapi elakkan sebarang potensi untuk masyarakat berkumpul,” jelas beliau.

Sementara itu, beliau turut merayu agar pemimpin politik tidak mengemukakan cadangan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat.

“Sebaliknya menumpukan kepada memperkasakan komuniti masing-masing di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) agar memastikan setiap individu melaksanakan pencegahan dan kawalan bagi memabntu barisan hadapan turunkan kes-kes sedia ada,” ujarnya.

Terdahulu, penularan pandemik COVID-19 dalam negara terus menunjukkan peningkatan dengan jumlah jangkitan terbaharu dalam tempoh 24 jam adalah sebanyak 3,027 kes.

Lonjakan kes tertinggi itu menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara kini meningkat kepada 128,465.
 

Date of Input: 14/01/2021 | Updated: 14/01/2021 | amirahhani

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEZSAx~