Taklimat Pelaksanaan EKSA Di HSAAS | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ACTIVITIES » Official Website Associate Professor Seca Gandaseca

Event Title
Taklimat Pelaksanaan EKSA di HSAAS
Date
17 Aug 2023 - 17 Aug 2023
Time
03.00 - 04.30
Location
Auditorium, HSAAS
Event Summary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Y.Bhg.Prof./Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan, Unit Kualiti dan Pengurusan Risiko, HSAAS akan menganjurkan Taklimat Pelaksanaan EKSA. Untuk makluman, EKSA yang telah diperkenalkan mulai Januari 2014 adalah penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dan merupakan salah satu inisiatif ke arah peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan. Objektif taklimat ini diadakan adalah untuk menerangkan kepentingan mewujudkan persekitaran kerja kondusif yang berimej korporat, kreatif dan berinovasi dengan penerapan amalan kelestarian hijau. Pada peringkat UPM, EKSA merupakan salah satu daripada kriteria penilaian bagi Penarafan Bintang PTJ. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput warga HSAAS ke taklimat di atas seperti ketetapan berikut: Tarikh : 17 Ogos 2023 (Khamis) Masa : 3:00 petang – 4:30 petang Tempat : Auditorium, HSAAS 3. Kakitangan yang menghadiri taklimat ini akan diberikan markah mata CPD latihan. Sekiranya terdapat sebarang persoalan pihak Y.Bhg.Prof./Tuan/Puan boleh menghubungi pihak urusetia iaitu Puan Nasreena Hailani atau Puan Nornadia Amirah Ishak di talian 03-9769 9030/9088. Segala kerjasama dan sokongan pihak Y.Bhg.Prof./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Updated:: 16/08/2023 [amirahhani]

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEbUAc~