SUMBANGAN KE DANA WAKAF AMBULANS HPUPM | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ACTIVITIES » Collection Development Division

Event Title
SUMBANGAN KE DANA WAKAF AMBULANS HPUPM
Date
01 Jan 2023 - 31 Dec 2023
Time
08.00 - 05.00
Location
HPUPM
Event Summary
AYUH...MENYUMBUNGLAH KE DANA WAKAF AMBULANS HPUPM Kes kecemasan semakin meningkat. Keperluan perubatan semakin meruncing. Oleh itu, dana diperlukan bagi membeli satu unit ambulans baharu untuk menampung keperluan di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM). Kami mencari pewakaf yang bermurah hati seperti anda untuk membantu menyumbang ke Dana Wakaf Ambulans HPUPM. Sumbangan kecil anda mampu membantu kami menyelamatkan nyawa pesakit kami. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261) Ayuh menyumbang!!! JUMLAH DANA DIPERLUKAN: RM500,000.00 Tuan/Puan boleh menyumbang melalui: i) Tunai/Cek/Pindahan ke akaun Dana Wakaf Ilmu UPM CIMB ISLAMIC BANK No. Akaun: 8602684995 Catatan: Wakaf Ambulans HPUPM Majukan maklumat transaksi anda ke bit.ly/WakafAmbulansHPUPM ii) Sumbangan tunai di Kaunter WAZAN Semoga dengan sumbangan tuan/puan dapat memberi manfaat kepada pada pesakit yang memerlukan. Sekian terima kasih.

Updated:: 20/03/2023 [amirahhani]

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEbRAv~