Sambutan Hari Strok Sedunia 2023 | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ACTIVITIES » LABORATORY OF ANIMAL PRODUCTION: PUBLICATION 2010

Event Title
Sambutan Hari Strok Sedunia 2023
Date
29 Oct 2023 - 29 Oct 2023
Time
07.30 - 02.00
Location
Main Lobby HSAAS
Event Summary
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera, YBhg. Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas. Sukacitanya dimaklumkan Jabatan Neurologi, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) akan menganjurkan karnival “Sambutan Hari Strok Sedunia 2023”. Acara tahunan ini dianjurkan untuk memupuk kesedaran dan memperkasa masyarakat mengenai kepentingan pengetahuan asas mengenai penyakit strok. Bertemakan “Be Greater Than Stroke” karnival ini akan menumpukan kepada pencegahan strok, saringan awal dan pemuliharaan pasca-strok. Berikut merupakan antara aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan secara serentak pada hari karnival terbabit:- i. Senamrobik Zumba ii. Pertandingan Mewarna & Lukisan Poster Kategori Kanak-Kanak iii. “Giant Bouncy Castle” iv. Pertandingan TikTok Kempen Kesedaran Strok v. Demonstrasi “Basic Life Support” dan “CPR” vi. Pencarian Harta Karun vii. Saringan Kesihatan Pra-Strok Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati ingin menjemput YBhg. Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri program ini seperti ketetapan berikut: Tarikh : 29 Oktober 2023 (Ahad) Masa : 7.30 pagi hingga 2.00 petang Tempat : Lobi Utama, HSAAS UPM Program ini terbuka kepada semua orang awam, warga UPM dan pelajar UPM. Untuk makluman penyertaan adalah percuma dan sebagai saguhati T-shirt juga diberikan secara percuma bagi pendaftaran awal (terhad kepad 500 pendaftaran pertama). Pendaftaran awal secara maya boleh dibuat dengan mengimbas kod QR pendaftaran yang disertakan bersama poster-poster promosi Karnival Strok Sedunia 2023 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 Oktober 2023. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk rujukan bersama. Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Updated:: 16/10/2023 [khairun]

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEbPAL~