Read@Uni HPUPM | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ACTIVITIES » MATERIALS SCIENCE

Event Title
Read@Uni HPUPM
Date
22 Sep 2022 - 31 Dec 2022
Time
01.00 - 07.30
Location
KutubKhanah (Bersebelahan BITES)
Event Summary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Dimaklumkan, HPUPM telah menyediakan sudut bacaan Read@Uni HPUPM yang dinamakan KutubKhanah yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab bermaksud tempat penyimpanan buku dll untuk bacaan umum, perpustakaan. Sudut ini dibangunkan bersempena Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM Tahun 2022 dan penyertaan HPUPM kali pertama dalam Pertandingan Sudut Bacaan Read@Uni UPM 2022. Objektif sudut ini adalah untuk memupuk minat membaca, tempat menunggu pesakit/waris/pengiring sementara mendapatkan rawatan dan sudut rekreasi dan stress relief staf. Sudut ini terbuka kepada semua staf dan juga orang awam. Pihak kami juga mengalu-alukan warga HPUPM untuk menggunakan sudut ini bagi penganjuran aktiviti jabatan dan dimohon agar sama-sama menjaga semua kemudahan dan peralatan dengan baik. Aktiviti boleh dimaklumkan kepada urusetia bagi tujuan rekod untuk dimasukkan dalam laman sesawang HPUPM. Untuk mengetahui koleksi buku-buku, aktiviti dan memberi maklumbalas boleh ke link ini https://a2ulktkfv1.preview-postedstuff.com/V2-Z2dkw-rVRH.../ atau boleh juga membuat sumbangan buku untuk diletakkan di sudut bacaan. Semua jenis buku adalah diterima KECUALI buku-buku yang berunsur seks, keganasan dan menyentuh sensitiviti atau maruah mana-mana individu, kumpulan, agama atau organisasi/institusi. Semoga dengan adanya sudut ini dapat memberi banyak manfaat kepada kita semua. Bagi sebarang persoalan atau pertanyaan boleh hubungi urusetia di talian 03-9769 9017/9094/9063/9068.

Updated:: 27/09/2022 [amirahhani]

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEbTAT~