PROGRAM "CHOICE THEORY REALITY THERAPY" DALAM APLIKASI KAUNSELING PSIKOLOGI | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ACTIVITIES » Laboratory Timetable

Event Title
PROGRAM "CHOICE THEORY REALITY THERAPY" DALAM APLIKASI KAUNSELING PSIKOLOGI
Date
26 Oct 2023 - 26 Oct 2023
Time
08.30 - 04.30
Location
Bilik Seminar 1 & 2, HSAAS
Event Summary
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera, Tuan/Puan, HEBAHAN KE PROGRAM "CHOICE THEORY REALITY THERAPY" DALAM APLIKASI KAUNSELING PSIKOLOGI Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kaunseling dan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia akan mengadakan Program “Choice Theory Reality Therapy” Dalam Aplikasi Kaunseling Psikologi. Berikut merupakan perincian program: Tarikh :26 Oktober 2023 (Khamis) Masa : 8:30 pagi - 4:30 petang Lokasi : Bilik Seminar 1 & 2, HSAAS Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu Bayaran : RM150.00 (Seorang) 3. Objektif program diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang aplikasi ilmu Choice Theory Reality Therapy. Selain itu, program ini juga diadakan bagi meningkatkan nilai tambah dan kemahiran profesional Pengamal Kaunseling / Psikologi yang dapat diaplikasikan bagi membantu klien yang sedang mengikuti sesi kaunseling. Untuk makluman tuan/puan, hasil kutipan daripada penganjuran program ini akan disalurkan ke Dana Wakaf Tunai HSAAS. 4. Program adalah terbuka kepada Pengamal Psikologi / Kaunseling, Pegawai, Pakar Perubatan dan Orang Awam. Bagi yang berminat, mohon untuk mengisi pautan https://forms.gle/5WZTJo9P88yk5MkB9 untuk pendaftaran termasuk bukti bayaran. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi atau WhatsApp kami di talian 03-97699723. Sekian, terima kasih.

Updated:: 21/09/2023 [khairun]

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEbPAp~