Program "Choice Theory Reality Therapy" | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ACTIVITIES » CaRE map location

Event Title
Program "Choice Theory Reality Therapy"
Date
26 Oct 2023 - 26 Oct 2023
Time
08.00 - 05.00
Location
Online
Event Summary
HEBAHAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN 2023 Bulan Kaunseling Kebangsaan disambut pada bulan Oktober setiap tahun. Sambutan ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan bagi mempromosi dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mental untuk menangani peningkatan isu kesihatan psikologi/mental yang semakin membimbangkan. Sambutan ini juga diharap dapat membudayakan perkhidmatan kaunseling dalam masyarakat di samping memartabatkan profesion kaunseling di Malaysia secara amnya dan di Universiti Putra Malaysia khususnya. 'MINDA MADANI MASYARAKAT HARMONI’ telah dipilih sebagai tema sambutan pada tahun ini selaras dengan agenda nasional bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara MADANI. Tema ini selari dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan perkhidmatan kaunseling profesional. Pemilihan tema ini juga bertepatan dengan prestasi kesejahteraan masyarakat Malaysia yang kini terdedah dengan ancaman isu kesan daripada proses globalisasi seperti psikososial, ekonomi, pendidikan dan kesihatan. Sehubungan itu, bagi membantu pengurusan mental berkualiti ke arah kestabilan emosi, daya resiliensi serta pengurusan emosi yang lebih mampan dalam kalangan staf/pesakit, Unit Kaunseling dan Kerja Sosial Perubatan dengan sokongan jitu daripada Pengurusan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) komited dalam memberikan perkhidmatan kaunseling terbaik bagi membantu klien yang memerlukan ke arah kesejahteraan individu yang lebih baik. Justeru, pihak kami mengalu-alukan YBhg. Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan yang memerlukan perkhidmatan kami untuk hadir bagi membantu mengatasi isu-isu kehidupan yang dihadapi. Pihak kami juga ingin menjemput YBhg. Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menyertai Program "Choice Theory Reality Therapy" Dalam Aplikasi Psikologi dan Kaunseling anjuran unit kami yang akan diadakan pada 26 Oktober 2023 (Khamis). Sebarang pertanyaan lanjut, YBhg. Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi kami di talian yang tersedia. Kerjasama dan perhatian yang diberikan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.

Updated:: 17/10/2023 [amirahhani]

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEbVAr~