KLINIK PERTANIAN PUTRA ZON SELATAN DI DAERAH KOTA TINGGI | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ACTIVITIES » HEBAHAN

Event Title
KLINIK PERTANIAN PUTRA ZON SELATAN DI DAERAH KOTA TINGGI
Date
09 Sep 2023 - 10 Sep 2023
Time
01.00 - 07.30
Location
Pantai Jason Bay, Tg. Sedili, Kota Tinggi
Event Summary
Assalamualaikum & salam Sejahtera, Warga Kota Tinggi dan komuniti yang berhampiran. Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Tinggi Timur, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi serta rakan-rakan agensi setempat akan menganjurkan PROGRAM KLINIK PERTANIAN PUTRA ZON SELATAN DI KOTA TINGGI. 🔴 Tarikh: 9 & 10 September 2023 (Sabtu & Ahad) 🔴 Lokasi: Pantai Jason Bay, Tg. Sedili, Kota Tinggi 🔴 Masa: 8.30 pagi – 4.00 petang 🔴 Perasmi: Yang Berhormat, Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi Pelbagai aktiviti menarik dan PERCUMA akan diadakan seperti dibawah: 🟣 Cabutan BERTUAH! 🖥️🚲 🟣 Zumba bersama warga Kota Tinggi 🟣 Pertandingan Masakan Warisan (Berasaskan Nasi Impit) 🟣 Pertandingan Mewarna Kanak-kanak (6-12 tahun) 🟣 Pertandingan Tarik Tali 🟣 Sukan Rakyat (Sepak Penalti, Shooting Nyior, Flying Foot, Lari Guni, Kutip Kacang & Sudu Pasir) 🟣 Pemeriksaan Kesihatan dari HSAAS 🟣 Jualan pokok dan produk UPM 🟣 Pelancaran Program Program Pembangunan Komuniti Usahawan Tani dan Inovasi Sosial UPM di Kota Tinggi Perkongsian ilmu menarik dari pakar-pakar UPM 🔸Pengeluaran Hasil Halia Bentong 🔸Perkongsian Saintis Malaysia ke Antartika 🔸Road to Success - Bimbingan Kecemerlangan Diri 🔸Kawalan Pemakanan untuk Mencegah Penyakit 3 Serangkai e-Sijil akan diberikan kepada semua yang menyertai sesi perkongsian ilmu Demonstrasi pertanian dari pakar pertanian UPM pun ada! 🔹Demonstrasi pertanian tanpa tanah (Dutch Bucket) 🔹Demonstrasi Cantuman Tanaman Buah-buahan 🔹Demonstrasi Pembuatan Silaj (makanan ternakan) 🔹 Demonstrasi Trash to Cash (Kraftangan daripada Bahan Kitar Semula) Dan tidak ketinggalan pameran-pameran menarik yang didatangkan khas dari UPM Serdang dan agensi setempat 🔺Pameran Kesihatan Ternakan Ruminan 🔺Pameran Kesihatan Komuniti 🔺Pameran Pertanian 🔺Pameran Teknologi Pertanian 🔺Pameran Trash to Cash 🔺Pameran Black Soldier Flies (BSF) dan Makanan Ruminan 🔺Bas Pengembangan PUTRA 🔺Pameran agensi 🔺 Jualan Buku Penerbit UPM Gerai jualan produk usahawan pun ada. Wow…banyaknya aktiviti menarik! JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA! JUMPA DISANA…

Updated:: 18/09/2023 [amirahhani]

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEbUAU~