Hari Farmasi Sedunia 2023 | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ACTIVITIES » Plant and Animal Genetics

Event Title
Hari Farmasi Sedunia 2023
Date
25 Sep 2023 - 25 Sep 2023
Time
08.00 - 01.00
Location
Auditorium & Main Lobby, HSAAS
Event Summary
Assalamualaikum & salam sejahtera. YBhg. Prof./Prof. Madya/ Dato/Datin/Dr./Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan Jabatan Farmasi HSAAS akan mengadakan sambutan Hari Farmasi Sedunia 2023 peringkat Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM tahun 2023. Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran terhadap fungsi ahli farmasi dalam penambahbaikan sektor kesihatan di seluruh dunia. Butiran sambutan program adalah pada ketetapan seperti berikut: Tema : "Pharmacist Strengthening Health Care System" Tarikh : 25 September 2023 (Isnin) Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Tengahari Tempat : Auditorium Utama, HSAAS 3. Sehubungan itu, mohon kerjasama kepada setiap unit untuk menghantar tiga (3) wakil nama untuk menghadirkan diri pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan melalui link yang disediakan Senarai Nama Peserta Sambutan Hari Farmasi Sedunia 2023 dan setiap peserta perlu mendaftar di Borang Pendaftaran Sambutan Hari Farmasi Sedunia HSAAS . 4. Bagi staf HSAAS yang masih berminat untuk menyertai program diatas, kehadiran anda adalah dialu-alukan. Penyertaan adalah PERCUMA. E-sijil dan mata CPD Latihan akan diberikan kepada staf HSAAS. 5. Sebarang pertanyaan sila hubungi Nur Afzan atau Wan Omirah di talian 03-9769 9663/9664. Atas perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./Prof. Madya/ Dato/Datin/Dr./Tuan/Puan diucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Updated:: 18/09/2023 [amirahhani]

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEbUAW~