Event Title
BASIC LAPAROSCOPIC SURGERY SKILLS WORKSHOP 2025
Date
19 May 2025 - 19 May 2025
Location
Clinical Skills and Simulation Lab, Floor 2, HSAAS
Event Summary
🔔 JEMPUTAN MENYERTAI: BASIC LAPAROSCOPIC SURGERY SKILLS WORKSHOP 2025 🔔
Jabatan Surgeri, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM dengan kerjasama MS Medica menjemput pelatih pakar bedah & pegawai perubatan surgeri untuk menyertai bengkel eksklusif ini!
🎯 Apa yang anda akan pelajari?
✅ Kemahiran asas penggunaan peralatan laparoskopi moden
✅ Teknik asas dalam laparoskopi yang penting untuk prosedur pembedahan yang lebih kompleks
✅ Latihan praktikal menggunakan kemudahan simulasi terkini
✅ Kaedah untuk meningkatkan keselamatan & hasil pembedahan
✅ Meningkatkan kualiti penjagaan pesakit, mengurangkan risiko komplikasi, serta memperbaiki hasil pembedahan
Peserta juga akan diberi peluang untuk berlatih secara langsung di Clinical Skills and Simulation Lab, yang dilengkapi dengan kemudahan simulasi terkini bagi memastikan latihan yang berkualiti dan berkesan.
📍 Tempat: Clinical Skills and Simulation Lab, Aras 2, HSAAS
📅 Tarikh: Isnin, 19 Mei 2025
🕗 Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
👥 Peserta: Terhad kepada 20 orang sahaja
💰 Yuran: RM300 seorang
📲 Daftar segera dengan imbas kod QR yang disediakan!
📌 Tempat sangat terhad – siapa cepat, dia dapat!
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
📞 Dr. Anwar – 019-2762170
📧 muhammadanwar@upm.edu.my
Bengkel ini merupakan peluang yang sangat baik untuk memperkasa kemahiran anda dalam bidang pembedahan laparoskopi dan meningkatkan kemampuan anda dalam memberikan penjagaan kesihatan yang terbaik kepada pesakit. Jangan lepaskan peluang ini!
#LaparoscopicWorkshop2025 #HSAASUPM #SurgeryTraining #MedicalWorkshop #LaparoscopySkills #CPD #UPMEvents

Updated:: 09/04/2025 [ahmadfaiq]