|
Borang Tempahan Konsultasi Penyelidikan 'Research Methodology (Quantitative) & Medical Statistic':
|
 |
|
Servis Research Methodology (Quantitative) & Medical Statistics ditubuhkan bagi menyediakan sokongan profesional kepada penyelidik dalam merancang, melaksana, dan menganalisis penyelidikan kuantitatif berasaskan prinsip saintifik yang mantap. Tujuan utama servis ini adalah untuk memperkukuh keupayaan penyelidik dalam menghasilkan kajian yang mempunyai reka bentuk metodologi yang teguh, data yang sahih serta analisis statistik yang tepat dan boleh dipercayai.
Melalui penyediaan khidmat nasihat dan bimbingan pakar, servis ini membantu penyelidik dalam:
-
Pemilihan dan pembentukan reka bentuk kajian kuantitatif yang selaras dengan objektif dan persoalan penyelidikan;
-
Penentuan saiz sampel dan kaedah pensampelan yang sesuai;
-
Pemilihan dan penerapan kaedah statistik yang tepat bagi menganalisis data perubatan dan kesihatan;
-
Penafsiran dapatan statistik dengan pendekatan saintifik dan berasaskan bukti; serta
-
Peningkatan kualiti keseluruhan penyelidikan dari aspek ketepatan, kebolehpercayaan dan kesahan dapatan.
Secara keseluruhannya, servis ini bertujuan untuk menyokong penghasilan penyelidikan yang berkualiti tinggi, berimpak, dan memenuhi piawaian akademik serta etika penyelidikan yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa.
|
Kemaskini:: 10/11/2025 [intanbasirah]
PERKONGSIAN MEDIA