SOALAN LAZIM | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

MAKLUMAT AM
1
Adakah terdapat senarai hotel-hotel berhampiran HSAAS?

HSAAS terletak di kawasan Putrajaya dan Cyberjaya yang mempunyai banyak bilangan hotel disekitar. Berikut adalah cadangan senarai hotel-hotel berhampiran sekiranya anda memrlukan tempat penginapan:

  • Hotel UPM
  • Hotel Le Meridean Putrajaya
  • Hotel IOI Palm Garden
  • Hotel Marriot Putrajaya
  • Hotel Everly Putrajaya
  • Hotel Dorset Putrajaya
  • Hotel Bangi Resort
  • Hotel RHR Uniten
  • Hotel Cyberjaya Resort
  • Hotel Sovotel Boutique Connexion 

  • INFORMASI PESAKIT
    2
    Adakah saya perlu membuat temujanji untuk mendapatkan perkhidmatan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia (HSAAS UPM)?

    Kami mengalu-alukan “walk-in” untuk perkhidmatan di Klinik Perubatan Keluarga; walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk membuat temujanji bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan lebih efisien. Bagi Klinik Pakar yang lain, surat rujukan diperlukan. Sila hubungi klinik berkenaan untuk mendapatkan temujanji terlebih dahulu atau layari laman web kami di www.hsaas.upm.edu.my

    3
    Sekiranya saya memerlukan rawatan tetapi tidak berkemampuan untuk membayar caj tersebut, apa yang saya boleh lakukan?

    Sekiranya anda memerlukan bantuan kewangan, sila hubungi kakitangan kebajikan sosial yang akan menasihati anda tentang pelbagai pilihan yang disediakan. Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Unit Kaunseling dan Kerja Sosial Perubatan (CMSSU) kami di talian 03-9763 9723


    INFORMASI PELAWAT
    4
    Bilakah waktu melawat pesakit di HSAAS?

    Waktu melawat pesakit bagi WAD UMUM adalah seperti berikut:    

    Waktu melawat pesakit bagi WAD EKSEKUTIF adalah seperti berikut:

    5
    Adakah kanak-kanak dibenarkan melawat pesakit di HSAAS?

    Kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dibenarkan melawat pesakit atas sebab-sebab kawalan infeksi dan keselamatan kesihatan kanak-kanak. 


    REKOD PERUBATAN
    6
    Bagaimanakah saya mendapatkan rekod perubatan/ ringkasan discaj/ keputusan perubatan/ tuntutan insuran atau surat-surat berkenaan? 

    Untuk semua permintaan mengenai laporan perubatan, tuntutan insurans atau keputusan perubatan, sila hubungi Unit Rekod Perubatan ditalian 03 9769 5958 dan mengisi borang yang berkaitan. Caj akan dikenakan bagi setiap tuntuan.
     

    7
    Bolehkah saya mendapatkan keputusan darah melalui telefon?

    Hanya doktor sahaja yang boleh memberitahu pesakit tentang keputusan darah. 


    DIREKTORI TELEFON JABATAN-JABATAN
    8
    Boleh saya dapatkan direktori telefon jabatan-jabatan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia (HSAAS UPM)??

    Untuk maklumat lanjut sila klik disini


    SERVIS-SERVIS LAIN
    9
    Apakah waktu operasi Farmasi Pesakit Luar dan lokasinya?

    Farmasi Pesakit Luar terletak di Tingkat Satu bangunan utama HSAAS Waktu operasi seperti berikut: Isnin – Jumaat : 8:00 pagi – 5:00 petang
    Sabtu, Ahad & Cuti umum : Tutup

    10
    Di manakah bilik penyusuan ibu di HSAAS?

    HPUPM adalah Hospital Mesra Bayi dan mementingkan penyusuan ibu. Bilik penyusuan berada disetiap tingkat di bangunan utama HSAAS. 

    11
    Dimanakah surau di HSAAS?

    Surau Utama terletak di tingkat satu bangunan utama HSAAS. Surau-surau kecil juga berada di setiap tingkat di bangunan utama hospital. 

    Kemaskini:: 21/02/2025 [amirahhani]

    HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
    Universiti Putra Malaysia
    43400 UPM Serdang
    Selangor Darul Ehsan
    03 9769 5500
    -
    W, (10:13:14am-10:18:14am, 28 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]